Tolong Baca,Tolong Komen! Ah..ah..Saya Musykil!

Hai Assalamualaikum wbt.. Semoga kita diberi kesihatan walafiat dan diberi keredhaan Allah swt.
Kali ini saya ingin menyampaikan satu kisah benar dari rakan rapat saya yg mana dia ingin saya menuliskan kisahnya yang sedang berlaku saat ini. Katanya,jikalau boleh,sedikit sebanyak boleh meringankan kemusykilan.
.
yup kemusykilan ini tentang 'apakah hukum jika si anu berkahwin dengan si anu'..
(ya,saya pendekkan cerita agar tidak menyulitkan masalah)
.
Sebelum itu,biar saya sampaikan ceritanya yang mana saya telah ringkaskan seringkas-ringkasnya agar mudah difahami dan mudah diselesaikan. Silakan baca...
.
.
.
(Saya tidak pandai bermanis kata dalam pembukaan awal cerita topik saya kali ini.)
.
Adalah yang pasti,saya mendoakan agar dipermudahkan Allah swt agar membantu saya yang lagi hina dan jahil ini. Dipermudahkan juga buat kalian yang mempunyai masalah yang sama dengan saya. Semoga kalian membantu saya yang lagi sulit.
.
.
Bismillahirrahmanirrahim..
.
.
Hai,saya adalah seorang gadis berusia 21 tahun.
.
Nama saya Rose(Bukan nama sebenar). 2 tahun lalu saya telah memasuki alam persekolahan tingkatan 6. Disana saya lebih banyak membina rakan. Rakan-rakanku ramai. First,saya masuk..kami mengikuti program orientasi untuk kami sebagai batch baru. So,saya terjumpa si Amir(bukan nama sebenar). Si Amir yang saya sangka pelajar tingkatan 3. Saya menegurnya dengan berkata, "Sorry,dik.. saya ambil kerusi ni ya.." (ya,saya tegur dengan ramah mesra tanpa mengetahui dia seumur dengan saya)
.
Keesokannya,saya lagi duduk menunggu orang tua mengambil saya pulang selepas habis orientasi. Ya! tanpa sedar si Amir datang menegur. Hai katanya. Saya tidak selesa jika ada yang baru dikenali tidak segan silu duduk sebelah saya.. pantang! memang saya akan sedaya upaya cuba menjarakkan kedudukan.
.
Kami berkenalan disitu. Dia bertanya,saya menjawab. Saya bertanya,dia menjawab. Ya,dan saya dengan sikap seperti awal berjumpa (seperti melayan adik bawah umur) HAHAHAHAH
.
Saya kan tidak tahu, so.. ya cerita punya cerita.. memang saya hairan (kenapa budak ni mau tau saya kelas apa..? minat orang lebih tua ka apa? gelinya..)
.
Then..
.
"Oh.. kau kelas perdagangan? saya dari kelas geografi.." (WHAT?? seumur ka ni??)
"Ohhhh...astaga...kau..berapa umur kau dik?"
"Hmm? 19.. kenapa?"
"19? Oh,19? Ohh..okeh..betul ke ni?"
"Ya,betul.. tidk percaya?"
.
.
Okey,im DONE!
(nampaknya kami seumur..ha..ha..ha..) - sy rasa sbb dia p dekat sy sbb dia mau prbetulkn tnggpn sy!
.
Well..baiklah skrg ini ceritanya..
Spnjg kami berkenalan..
Dlm hmpir setahun tu kami b'kawan..(just kwn yg dri jauh senyum,hai,bye gitu saja)
Then,saya yg tidak expect akan tersuka dia.. well yang saya maksudkan ni,,, 'suka' saya ni macam suka mau tegur,,suka mau layan dia sprti layan budak kecil yg comel,,suka hai dia,,suka tengok dia senyum..sbb comel.. sudahlah peramah.. humble.. tidak mcm lelaki lain yg perangai minta puji.. dia ni ringan tulang.. suka tersenyum...
(Okey,,nampaknya perangai mcm kakak-kakak layan budak comel tu makin menjadi-jadi)
.
kadang-kadang tu..kawan2 usik saya dengan dia,memang saya makin suka.. kawan lain usik saya dgn orang lain,saya pula dengan statement, "saya lagi rela kalau Amir jadi future imam wkwkkwkwk" memang x lari!
yeah it is always menjadi hiburan kami..joking2 begitu tapi betullah.. saya rela kalau dia suami saya.. and saya selalu dengan hati yang lapang mendoakan Amir kebahagiaan dia dengan pilihan dia..
it was like i am always pray the best for him everyday bcuz he's so humble..a good and nice boy.. dont naughty-naughty yaaa Amir.. you're lucky boy wit your lucky attitude.. amin!
naahhhhh.. tapi..
.
dalam saya suka-suka dia..kekadang sesetengah kawan2 dia ni macam pandang rendah pada saya. bukan pandang rendah lah.. tapi,,asal nampak saya macam hantu? senyum pun tidak.. siap bawa berbisik (asal nampak saya,macamtulah).. dengan Amir pula tu.. then saya nampak, Amir ni dngn muka serba salah.. (tak faham!)
.
Ok..mulai dari situ saya tidak lagi merenung dia dengan senyuman macam biasa.
Tidak lagi senyum2 sorang pandang dia dari jauh..
sepertinya saya rasa saya ni orang gila kalau buat begitu.. (padahal saya senyum sebab bukan saya gila atau gilakan dia tapi kalau terjumpa someone yang soooo niceeeee.. salahkah senyum!? macam tida pernah senyum.. cilake!)
.
Siapalah bah yg tidak tersinggung dengan sikap yang macam tu.. seolah-olah saya buat benda buruk pula sampai bisik2 begitu..depan-depan pula tu.. dah tu balik2 begitu..nak tegur apa dia buat tapi muka dah sedia nampak dingin..memang taknak lah tu saya cakap apapun kat dia..si entah!!
.
OK BAIKLAH BUKAN INI MASALAHNYA!
.
MASALAHNYA..
.
ADALAH..
.
Anu... Masih belum habis cerita bah gaiisss..
SORRY HAHAHAHAHA xD lambat kasih cerita masalah..
.
(panjang jugak cerita sampingan dia ni ya.. adoi..hahaha..)
(..sebab dia mau saya kasi masuk jugak ni jalan ceritanya..katanya sikit tapi ni dah macam..hmm)
.
OKAY BAIKLAH!
.
kali ni betul-betul..
begini..
.
Akhirnya mendekati penghujung sekolah tingkatan 6.
Kami mengikuti penerimaan anugerah sijil konvokesyen tingkatan 6..
.
Saat itu,saya dah berbaik semula dengan Amir. Saya dah balik dengan sikap kakak2 yang always layan Amir macam Amir ni adik comel hensem. Cuma,,dah ada kelainan sikit.
Dulu sayaa tak pandai nak jeles.
Sekarang dah pandai jeles..
Saya tak suka lah ada kawan pompuan dia yg kambai(lengan kat bahu) dia rapat2.. macam entah.. dah lah masa kejadian tu saya baru patah hati dengan sikap crush kelas lain.. lepas tu dia lagi... melayan jak dia terusssss dengan membiarkan tangan merangkul di bahu -_- T_T
.
DAT WAS SO OVER-SOCIAL FRIENDSHIP IVE EVER SEEN IN MY LIFE!
.
So..masa kejadian tu saya memang marah geram pun.. sampai tak nak lagi tengok muka Amir.
.
Tapi masa Hari Konvokesyen tuu...kita dah okey.. saya dah lupakan.. setiap org pasti x lari dari mmbuat kesilapan..kan kan..hmm..
.
WELL APA YANG BERLAKU MASA HARI TERAKHIR kami berjumpa..kami sempat bercerita..
Saya still on liking him but not crush on him like obsessing him..just like him..yeah..
.
kami bercerita..dan dia memberitahu perkara sebenar..
DIA CAKAP YANG DIA ADALAH ANAK BUAH SAYA!
DAN DIA CAKAP SAYA ADALAH AUNTY MUDA DIA!
.
.
.
.
.
.
.
BETUL-BETUL BAH!??


SAYA TIDAK PERCAYA!!!!
.
.
(Teruja ni..sebenarnya..)
.
.
.
.
Gais.. Saya senyum dan senyuman saya lebar.. happy weh! kami bersaudara.. hahahahaaa..
tapi.. saya terfikir apa yang selama ni saya rasa.. saya terlanjur suka dia..ha..ha..
.
Saya dan Amir terus bercerita dan saya bergurau senda dengan membawa berita baru ni.
.
"Nah,lain kali ada apa2 jangan risau..aunty muda ada ya nak.."
yup,kami bergurau senda.. ketawa sama2.. mmg kami smakin rapat..dan saya mmg tak lari dari merasa lebih selesa dan terasa hubungan kami menjadi istimewa..
.
.
TAPI KENYATAAN membuat saya sedikit sedih tapi saya happy jugak lah..
.
Sekarang umur 21 sudah..
.
Kami berjumpa setelah setahun tidak bersua muka..
Tapi kenapa baru saya tahu..??
.
Baru2 kawan rapat saya bernama Wawa(bukan nama sebenar) telah memberitahu isi hati saya yang saya sudah lama pendam dan terkubur pada Amir dalam Chat.
.
Amir mengakui yang mengetahui isi hati saya dan dia juga turut menaruh perasaan dan minat pada saya tetapi dia juga macam saya..
Kami sama-sama menguburkan saja perasaan dan isi hati.
.
Wawa meminta maaf dan dia meminta saya tidak memberitahu yang saya sudah tahu semua itu dari Wawa...
Saya shocked tapi just tersenyum hambar dan berkata,
"Ya,saya agak jugak yang Amir suka saya tapi saya ingatkan perasaan saya saja.."
saya berkata dengan hampa tapi redha...
.
"Heshhh...tapi betul bah yang kau bagitau perasaan saya dulu sama diaa?"
INI SOALAN YANG PATUT FIRST KELUAR DARI MULUT SAYA!
tapi saya tanya begitu lepas saya just cakap, "sy agak suda" dgn wajah sugul.
.
tsk tsk tsk.. (menggeleng kepala)
apalah nasib...
.
.
well,,tahun ni kami bersua muka kembali.
Tapi,saya dan Amir semacam.. saya tak pastilah.. takkan mau cakap kami masih ada feeling..?
.
Kami ada berjumpa..dan dia datang ke rumah..
saya happy sebab dalam banyak2 kawan lelaki saya.. dia satu2nya kawan lelaki yang ibubapa saya suka bawa bercerita.. well,dorang mak ayah first tak tahu dia siapa..
just,'kawan lelaki si Rose'..
Saya pun cakaplah..
"mak ayah.. dia tu anak si Borhan.."
"Asss..taga! Ayang..anak si Borhan pula tu..dari Kampung Durian"
(well,dialog memang begitu cuma nama double3x bukan sebenar . cthnya nama Kg)
.
Saya just..yeah..layanlah tetamu dengan sebaik-baiknya..
.
TAPI KAN..YANG SAYA TENGOK NI..
Ayah saya bercerita dengan Amir mcm baru bercerita dngn orang yang lama x jumpa tapi banyak soalan ayah.. (itu first conversation)
"Kau rupanya.. Anak si Borhan! Bila balik Malaysia? Okey tak bercuti?"
Mama saya pula bercerita dengan Amir dengan melayan seperti baru berjumpa saudara baru..
(ni pun first convers..)
"Anak buah si anu bah kan kau? Oh tak kenal? Oh sebab mungkin jarang jumpa.."
.
cuma heran sikit lagi..
bila mak ayah becerita pasal Amir(masa Amir tak ada),and saya jadi listener..
Dorang bercerita tentang ayahnya..dengan penuh AMAZING.. 
nak kata belah ayah ni 'close-family'...tak jugak! tapi relationship memang okey jugak pun.. cuma jarang berjumpa dan jarang bertemu.. (eh kan sama jugak maksud)
.
.
So,nampaklah disitu..
yang kami mungkin dah 'jauh'..
gitu?
.
.
.
.
OKEY INI DIA KEMUSYKILANNYA!
.
Demi meleraikan apa yang bermain di kotak fikiran saya ini.. yang tak habis-habis jumpa jawapannya.. Sebelum itu saya minta maaf sebab minta tolong kawan saya ni tulis cerita panjang2..terpaksa korang baca kisah saya yang taklah menarik sangat pun..
.
ni sebab dah banyak site saya tengok kat laman web.. tapi tk jumpa.. nak tanya orang tapi tak tau pula macam mana nak mula.. So,saya minta kawan saya ni fahamkan korang dengan bahasa yang lebih mudah dan korang lebih senang sebab just baca.. kalau dengar,boleh berbelit belit lidah saya..hehe..
.
.
.
"BOLEHKAH SEORANG ANAK LELAKI SEPUPU DUA KALI SAYA BERKAHWIN DENGAN SAYA? SAYA SENDIRI TAK TAHU NAK PANGGIL SAYA NI MAKCIK KANDUNG DIA KAH..ATAU ADAKAH SAYA INI MAKCIK PUPU DUA KALI DIA? ADAKAH KAMI MAHRAM ATAU TIDAK? SEDANGKAN UMUR KAMI ADALAH SEBAYA."
.
.
saya just tanya.. so,saya mohon jangan kecam soalan pelik saya ni.. saya minta maaf.. tolonglah saya selesaikan apa yg bermain di kotak fikiran saya ni..
.
SEKIAN TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT KEPADA KORANG YANG MEMBACA DAN SUDI KOMEN.
.
P/S: UNTUK LEBIH DETAIL TENTANG SALASILAH KELUARGA SAYA DAN AMIR. ADA DI BAWAH.
.
.
.
.
.
.
.Datuk Ayah Saya------Moyang Lelaki Amir = Adik-beradik
Ayah saya-------Datuk si Amir = Sepupu
Saya------Ayah si Amir = hmm..Sepupu dua kali (betul tak?)
Saya-------Amir = anak sepupu dua kali saya (betul tak ni?)
.
JADI , saya ni makcik la yer?
makcik yang macamana nak panggil? saya tak tahu..
.
Makcik...makcik muda? (U_U)
.
atau pupu tiga kali??? (>_<) (jangan beranganlah)
.
nak panggil dia ni anak buah saya kah? (T_T)
.
yang penting bukan anak buah kandung lah kan??
sebab..sebab..hmm..
dah saudara jauh...begitu???
macamana ni????
.
OKEY itu sajalah dari saya..huhuhu..
.
.
.
KAWAN-KAWAN...
.
TERIMA KASIH KAWAN SEBAB SUDI TULISKAN CERITA SAYA DAN MEMBANTU SAYA!
SEMOGA YANG MEMBACA SUDI MEMBERI KOMEN MURNI DAN MEMBANTU HAMBA. SAYA AKAN SANGAT2 MENGHARGAI JASA KORANG SEMUA.. SEMOGA TAK MENJADI SEPERTI SAYA.. KORANG YANG LEBIH BIJAKSANA DAN BAIK HATI. AMIN YA ALLAH! TERIMA KASIH! SEMOGA TUHAN MEMBERI REZEKI YANG MELIMPAH RUAH BUAT KORANG YANG MEMBANTU SAYA DAN SUDI BERKONGSI ILMU.. AMIN YA RABBAL AL AMIN! TERIMA KASIH KE HADRAT ILAHI, JUTAAN TERIMA KASIH BUAT KORANG,TERIMA KASIH!!!! ^.^
.
.
.

Ulasan

Catatan Popular